dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KEMPEN INTERNET SELAMAT @ KAMPUNG ANGKAT MADANI SK SANTAN (WELLBEING)

17 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2026, NADI di Perlis dan pihak MCMC telah berkerjasama dalam mengadakan Kempen Internet Selamat yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Santan. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang keselamatan internet dan kuiz menjawab soalan bersama dengan pegawai NADI dan MCMC.

Selain itu, staf NADI juga memberi pemeriksaan secara percuma kepada peserta seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi, gula dalam darah dan BMI. Kaunter MyDigital ID juga turut disediakan bagi peserta yang ingin mendaftar dan mengemaskini akaun yang sudah tamat tempoh. Staf MCMC juga membuka kaunter penerangan berkenaan dengan aplikasi JENDELA dan NEXUS serta kegunaan kepada komuniti.

Sehubungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..